Thursday 20 October 2016

Selamat Datang Ke Blog UMPAN KOLAM PANCING



   Idea ini secara tiba-tiba timbul dalam ruang kotak pemikiran saya memandangkan penggunaan umpan pada kali pertama mengikuti game yang dianjurkan oleh Penggerak Utama pertandingan memancing Kolam Siba iaitu Tuan Pyan (sebelum ini) dan lanjutan daripada menyertai test umpan dan pertandingan kali kedua pemilik Kolam D'sebrangTuan  Zack. Disamping berjalan-jalan mencari tempat memancing di kawasan Melalap bersama-sama dengan Haneep, kami berdua menjumpai 2 buah kolam, Kolam Blues Jaw Anglers (Tuan Rizal) dan Kolam Wild Anglers (Tuan Sabdin). Sehinggalah game besar anjuaran Kolam Kisaging  di bawah naungan Pengasas Pertandingan, Tuan Besar Pyan dan Kolam Rekreasi Kapayan, Tuan Vincent.
   Kegiatan aktiviti memancing banyak membantu saya untuk membina blog seumpama ini. Jadi, saya dengan ini sangat berbesar hati sedaya upaya mengumpul maklumat apa sahaja jenis umpan yang digunakan sepanjang mengikuti aktiviti pemancingan. Maklumat dikumpul dari semasa ke semasa dan kemudian disatukan menjadi sebuah blog sebagai tatapan dan rujukan para pemancing khasnya pemancing beginner seperti saya . 
    Oleh itu, marilah kita sama-sama menjayakan blog ini untuk kelangsungan blog terus kekal dan maju agar dapat memberikan manfaat kepada pemancing dari seluruh pelusuk Malaysia. Seterusnya, memartabatkan aktiviti memancing sebagai aktiviti sihat dan mengeratkan hubungan antara sesama. Sekian Terima kasih.
SALAM STRIKE 
DARIPADA GROUP KTP!!!

No comments:

Post a Comment