Saturday 22 October 2016

Pertandingan Memancing Kolam Green View Keningau hari ini (22/10/2016)

Terlebih dahulu, saya akan menyelitkan sedikit pengalaman saya ketika mengikuti game pancing pada hari ini. Sebelum itu, berikut adalah senarai hadiah yang sangat lumayan untuk dimenangi.


Hadiahnya lumayan tak? Memang lumayan sangat.
Namun hari ini saya hanya strike keli bersaiz kecil. Umpan yang saya bawa pada hari ini adalah umpan organ (daging ayam masak & hirisan ayam mentah) dan umpan dedak (dedak KTP). Hari ini mungkin saya silap percaturan dalam menentukan umpan yang sepatutnya saya sediakan berdasarkan kolam yang saya telah pacak. Ini kerana Kolam Green View ada 5 buah kolam yang digunakan untuk pertandingan. Setiap kolam mempunyai tabiat ikan yang berbeza. Salah satu faktor adalah faktor kedalaman kolam. Pengalaman ini sangat memberi impak kepada saya untuk menilai umpan yang saya gunakan dan umpan-umpan para pemancing ketika game berlangsung berdasarkan kepada kekerapan strike ikan dan jenis umpan. Hari ini, saya membuat rating umpan selepas game. Maksudnya game ini sebenarnya sudah pun selesai. Mungkin anda akan menjadi juara RM70 000 pada game akan datang pada 11/12/2016 jika anda berminat.

Berikut merupakan  ranking umpan berdasarkan kepada game pada hari ini:

1. Umpan Hidup
2. Umpan Organ
3. Umpan Dedak
4. Umpan Bun & Roti
5. Umpan Buah

Rating umpan yang saya buat ini berbeza sedikit dalam page RATING UMPAN, namun senarai umpan top 2 adalah sama.


Friday 21 October 2016

Update terkini, dalam proses dan belum diupdate

1. Page yang baru di update setakat ini adalah: 




2. Page yang belum di update setakat ini adalah:




3. Page yang baru dibuat setakat ini adalah: 

Umpan Mix (Page ini akan diupdate setelah kesemua jenis umpan di update)


Thursday 20 October 2016

Info Game Pancing Sabah

Jika berminat mengetahui info game di sekitar Negeri Sabah, anda boleh layari laman INFO GAME PANCING SABAH. Laman ini juga dihasilkan oleh usaha sendiri bersama Tuan Haneep. Beliau banyak mengupdate info game dari masa ke semasa. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai mana-mana game pancing yang kadang-kadang menjanjikan hadiah yang lumayan.

Selamat Datang Ke Blog UMPAN KOLAM PANCING



   Idea ini secara tiba-tiba timbul dalam ruang kotak pemikiran saya memandangkan penggunaan umpan pada kali pertama mengikuti game yang dianjurkan oleh Penggerak Utama pertandingan memancing Kolam Siba iaitu Tuan Pyan (sebelum ini) dan lanjutan daripada menyertai test umpan dan pertandingan kali kedua pemilik Kolam D'sebrangTuan  Zack. Disamping berjalan-jalan mencari tempat memancing di kawasan Melalap bersama-sama dengan Haneep, kami berdua menjumpai 2 buah kolam, Kolam Blues Jaw Anglers (Tuan Rizal) dan Kolam Wild Anglers (Tuan Sabdin). Sehinggalah game besar anjuaran Kolam Kisaging  di bawah naungan Pengasas Pertandingan, Tuan Besar Pyan dan Kolam Rekreasi Kapayan, Tuan Vincent.
   Kegiatan aktiviti memancing banyak membantu saya untuk membina blog seumpama ini. Jadi, saya dengan ini sangat berbesar hati sedaya upaya mengumpul maklumat apa sahaja jenis umpan yang digunakan sepanjang mengikuti aktiviti pemancingan. Maklumat dikumpul dari semasa ke semasa dan kemudian disatukan menjadi sebuah blog sebagai tatapan dan rujukan para pemancing khasnya pemancing beginner seperti saya . 
    Oleh itu, marilah kita sama-sama menjayakan blog ini untuk kelangsungan blog terus kekal dan maju agar dapat memberikan manfaat kepada pemancing dari seluruh pelusuk Malaysia. Seterusnya, memartabatkan aktiviti memancing sebagai aktiviti sihat dan mengeratkan hubungan antara sesama. Sekian Terima kasih.
SALAM STRIKE 
DARIPADA GROUP KTP!!!