Saturday 22 October 2016

Pertandingan Memancing Kolam Green View Keningau hari ini (22/10/2016)

Terlebih dahulu, saya akan menyelitkan sedikit pengalaman saya ketika mengikuti game pancing pada hari ini. Sebelum itu, berikut adalah senarai hadiah yang sangat lumayan untuk dimenangi.


Hadiahnya lumayan tak? Memang lumayan sangat.
Namun hari ini saya hanya strike keli bersaiz kecil. Umpan yang saya bawa pada hari ini adalah umpan organ (daging ayam masak & hirisan ayam mentah) dan umpan dedak (dedak KTP). Hari ini mungkin saya silap percaturan dalam menentukan umpan yang sepatutnya saya sediakan berdasarkan kolam yang saya telah pacak. Ini kerana Kolam Green View ada 5 buah kolam yang digunakan untuk pertandingan. Setiap kolam mempunyai tabiat ikan yang berbeza. Salah satu faktor adalah faktor kedalaman kolam. Pengalaman ini sangat memberi impak kepada saya untuk menilai umpan yang saya gunakan dan umpan-umpan para pemancing ketika game berlangsung berdasarkan kepada kekerapan strike ikan dan jenis umpan. Hari ini, saya membuat rating umpan selepas game. Maksudnya game ini sebenarnya sudah pun selesai. Mungkin anda akan menjadi juara RM70 000 pada game akan datang pada 11/12/2016 jika anda berminat.

Berikut merupakan  ranking umpan berdasarkan kepada game pada hari ini:

1. Umpan Hidup
2. Umpan Organ
3. Umpan Dedak
4. Umpan Bun & Roti
5. Umpan Buah

Rating umpan yang saya buat ini berbeza sedikit dalam page RATING UMPAN, namun senarai umpan top 2 adalah sama.


No comments:

Post a Comment